Saturday, November 17, 2007

Disney Pix 2.0

Saya membeli sebuah kamera mini Disney di MACY, Monroeville Mall Pittsburgh. Harganya tak lah terlalu mahal, cuma USD20 (termasuk tax). Memandangkan kamera tersebut berjenama Disney, pembelian tersebut disertakan dengan Software Disney Pix 2.0. Banyak gambar kartun Disney yang dibekalkan dlm software tersebut termasuklah frame gambarnya sekali. Ianya juga satu perisian interaktif yang sesuai untuk menjana kreativiti kanak-kanak.

Seringkali saya terjumpa beberapa peniaga yang menggunakan perisian ini untuk mengambil gambar kanak-kanak dan dieditkan dengan watak kartun kegemaran di pusat membeli-belah di Malaysia. Pernah sekali saya terjumpa di Aquaria KLCC... caj yang dikenakan juga agak mahal. Begitu mudah peniaga mengaut keuntungan berganda....

No comments: