Sunday, November 18, 2007

Cameron Highlands




Sepanjang 3 tahun belajar, berbelas kali rasanya kami berkunjung ke Cameron Highlands. Mungkin cuacanya yang sejuk membuatkan kami selesa ke sana untuk merehatkan minda seketika. Lazimnya, Equatorial, Casa De La Rosa, Century Pines Resort dan Merlin (kini Cameron Highlands Resort) menjadi tempat penginapan kami. Percutian 3 hari 2 malam, itulah kebiasaannya. Aktiviti harian selalunya bermula di awal pagi dengan minum teh di Bharat Tea. Kemudian, bersiar-siar di Cactus Valley dan Taman Teknologi MARDI. Di waktu petang, Zaidi rajin ke gym di hotel. Pada malam hari, indoor games adalah aktiviti utama kami. Kalau menginap di Equatorial, kami akan mencuba snooker yang terletak di lobi hotel. Pernah sekali, percutian kami bertembung dengan cuti sekolah Singapura. Ianya sungguh menarik. Permainan snooker kami (saya vs. zaidi) mempunyai penyokong yang begitu ramai iaitu kanak-kanak singapura. Kanak-kanak perempuan suka menyebelahi zaidi manakala kanak-kanak lelaki menjadi penyokong kuat saya. Sesuatu yang saya perhatikan, cuaca Cameron Highlands lazimnya bertambah sejuk pada musim winter. Jika menginap di Equatorial (paling tinggi rasanya), suhu pada waktu malam akan mencecah bawah 10 darjah celcius. Sebelum kembali bertugas sekali lagi kami ke Cameron Highlands untuk menyegarkan minda.

No comments: