Monday, November 5, 2007

Bon Voyage!!

Hujung tahun.. ramai yang sibuk bersiap-siap untuk menyambung pelajaran ke peringkat PhD. Balkish dan Norhayati adalah bekas pelajar saya ketika saya mengajar program Master of Accountancy di UiTM Shah Alam. Masih teringat ketika itu Yati sedang sarat mengandung ketika membuat pembentangan laman web bagi subjek E-commerce. Manakala Balkish pula, saya begitu tertarik dengan laman webnya "AquaBalfish" yang begitu kreatif dan penuh dengan animasi. Namun itu adalah 6 tahun yang lalu. Kini kedua-duanya telahpun berlepas ke New Zealand untuk pengajian PhD mereka bersama-sama rakan yang lain, Khairul dan Deb. Semoga mereka semua berjaya pulang dengan topi burger mereka... Selamat Belajar!!

2 comments:

Balkish said...

Intan,

Thanks....you ingat lagi ye AquaBalfish tu...memang kelakar...WAKTU TU KAMI SEKELAS MACAM TAK CAYA DAPAT LECTURER MUDA GILER MAKLUM YG MENGAJAR mASTER SUMENYA SENIOR BELAKA ....TAPI WE ARE SO HAPPY DLM KELAS...SYOK BELAJAR BUAT WEBSITE DGN YOU MAKLUM LECTURER MUDA, CANTIK,TAK GARANG...SYOK BETUL KALU KENANG2KAN..ESP WAKTU PRESENT WEBSITE TU TERINGAT SAIFUL PUNYA PASAL KERETA PROTON..HE..HE..

intan salwani said...

Balkish,

Yang membuatkan I tak boleh lupa website you tu sebab ada gambar ambulance (utk ikan-ikan you yang sakit agaknya... he..he...).