Wednesday, October 10, 2007

Mount Washington, Pittsburgh

Selepas melawat dan bergambar di station square, kami menaiki kereta kabel untuk mendaki Mount Washington. Di atasnya terdapat rumah dan pekan kecil serta beberapa tempat menarik untuk tujuan pelancongan. Dari atas, kami berpeluang melihat pemandangan bandar pittsburgh. Waktu senja juga memberi menyajikan kami keindahan matahari terbenam. Peralihan siang ke malam diserikan dengan cahaya lampu yang bergemerlapan menyinari bandar pittsburgh. Di atas Mount Washington ini, kami bergambar beramai-ramai dengan wakil-wakil daripada Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

No comments: