Wednesday, October 10, 2007

Monroeville Pittsburgh


Perjalanan ke US amat memenatkan. Penerbangan dari Malaysia ke Taiwan - Los Angeles -Pittsburgh mengambil masa sehari setengah. Di tambah pula dengan security check yang berkali-kali.... transit yang lama di los angeles.... dan apabila tiba di pittsburgh, terus set-up booth.. ohhh...letihnyaa.... Nasib baik bilik di Radisson Hotel Monroeville begitu selesa... so boleh le tidur lena.. Ketika menginap di Radisson Hotel, hotel disambar kilat, maka berbunyilah siren kebakaran dan bomba. Maka, berpusu-pusulah kami menyelamatkan diri..... nasib baik tingkat 4.... Rupa-rupanya tak terbakar pun, cuma kilat terkena sistem loceng keselamatan... alah.... penat jer turun tangga (masa tu baru tgh best nak masak maggi). Persekitaran hotel begitu mendamaikan. Cuaca juga agak sejuk walaupun telah tiba musim panas. Kewujudan Monroeville Mall dan K-Mart memberi peluang kami membeli-belah pada waktu-waktu yang terluang. Pesanan Prof. Normah sebelum kami datang ke sini... bershoppinglah di pittsburgh... sebab banyak cukai yang dikecualikan.

No comments: