Wednesday, October 10, 2007

Manhattan Beach, Los Angeles


Persinggahan di Los Angeles sebelum pulang ke Malaysia dimanfaatkan sepenuhnya. Selepas check-in di Travelodge hotel LAX, kami mengambil kesempatan menggunakan free shuttle untuk berjala-jalan ke kawasan sekitar. Cuaca hari ini agak sejuk iaitu kira-kira 10 darjah celcius. Bus-stop terletak tidak jauh daripada hotel. Sesuatu yang agak pelik, bas-bas di sini tiba tepat pada masa seperti yang tercatat dalam jadual. Macam tak de problem pulak dgn sistem lalulintas di sini.


Kesempatan menaiki free shuttle ini kami manfaatkan untuk mengunjungi Manhattan Beach. Pantainya cantik.... bersih... dan begitu mendamaikan. Deretan rumah-rumah percutian menghiasi pinggir pantai yang indah. Namun keindahan pantai ini hanya untuk bersantai lantaran ianya tidak sesuai untuk aktiviti air. Ombaknya yang ganas menyebabkan pengunjung lebih selesa dengan aktiviti memancing dan berjogging sahaja.

No comments: