Wednesday, December 20, 2006

Cuti-Cuti Korea


Setelah penat berpameran di COEX Exhibition Hall selama beberapa hari, kontingen UiTM mengambil peluang sehari untuk program "cuti-cuti korea". Kami mengunjungi tempat-tempat tumpuan pelancong seperti di Blue House (kediaman presiden), Old Folks Home dan istana-istana lama. Kami juga berpeluang menyaksikan acara pertukaran pegawai istana (demo je... raja korea dah tak de... semua dah kena bunuh dgn Jepun).


Namun, hasrat mengunjungi muzium korea tidak tercapai kerana ianya ditutup pada hari tersebut. Memandangkan ketika kunjungan korea sedang mengalami musim winter, acara seterusnya adalah bermain ski di Yang Ji Ski Resort. Perjalanan yang agak jauh, melebihi 1 jam membuatkan pemandu pelancong tak perlu bekerja keras kerana rata-rata kami telah terlelap di dalam bas. Tambahan pula, cuaca sejuk mencecah -4 darjah celcius, membuatkan kami lebih selesa berada di dalam bas berbanding di luar.

No comments: