Wednesday, October 31, 2007

UiTM Menang Besar di British Invention Show 2007

UiTM's researchers once again proved their mettle when one platinum medal, eight gold and two silvers were won at the British Invention Show 2007, London. All the exhibits won an award. The most outstanding winner was Prof Dr Ku Halim Ku Hamid who won a total of 2 golds, a plantinum award and a special award from the Taiwan Inventors Association. The exhibition was held from 15th October 2007 until 22nd October 2007 at Alexandra Palace, London. This is the second time that UiTM has participated in this exhibition which is known as Britain's largest expo to showcase the latest inventions, innovations and new technology worldwide. There were 250 inventors from 17 countries who took part in this exhibition, an ideal platform to promote our R&D products at international level. UiTM through IRDC sent 10 researchers including three students to compete in the exhibition. It is hoped that this success will be a catalyst to other researchers especially students to invent and innovate more products. Congratulations to all the winners!

INPEX 2007, Pittsburgh USA

Judging Session, Multiple Intelligences Educational Courseware

My Booth
INPEX®, America's largest invention trade show, is a unique exposition showcasing numerous inventions and new products available to license, manufacture or market. For the year 2007, Uitm was represented by Dr. Ismail, Dr. Jamaludin, Dr. Lee, me & zaidi. Two of my research products (multiple intelligences educational courseware & INTAN: Accounting Solutions for SMEs) won silver medals. INPEX is the toughest as compared to other international invention competition due to limited awards for each category (only 1 gold, 1 silver, and 1 bronze).

Friday, October 26, 2007

New Publication in International Refereed Journal


The effects of students' backgrounds and attitudes on computer skills in Malaysia
Authors: Norzaidi, Mohd Daud; Chong, Siong Choy; Azizah, Aris; Salwani, Mohamed Intan; Rafidah, Kamarudin; Ruhana, Zainuddin
Source: International Journal of Management in Education, Volume 1, Number 4, 21 September 2007 , pp. 371-389(19)
Publisher: Inderscience

Thursday, October 18, 2007

Flagship Journal - Industrial Management & Data Systems

Intranet usage and managers' performance in the port industry
Mohd Daud Norzaidi, Siong Choy Chong, Raman Murali, Mohamed Intan Salwani (pp. 1227-1250)
Keywords: Intranets, Malaysia, Task analysis
ArticleType:Research paper
View HTML View PDF (137 KB)

Hari ini setelah pulang beraya, saya dan zaidi menerima parcel dari UK. Ianya sungguh mengembirakan. Artikel penyelidikan kami telah diterbitkan dalam Flagship Journal ranking no. 1 bagi bidang Information System, Industrial Management & Data Systems (IMDS) Volume 107, Number 8 2007 (cited in emerald)(Impact factor: 2.2(2006)). Lagi dua penerbitan akan menyusul tidak lama lagi (Journal of Computer Information Systems (JCIS) & International Journal of Management in Education, (IJMIE) Vol. 1, No. 4, pp. 371-389 (cited in inderscience)). Manakala enam lagi masih dalam proses under review.

Thursday, October 11, 2007

Hollywood

Perjalanan ke Hollywood begitu mengujakan. Namun apabila tiba di sana, ia tidaklah segah namanya....(memang US pandai buat Marketing). Bas VIP tours membawa kami membeli-belah di lot-lot kedai yang menjual cenderahati seperti t-shirt dan patung oscar. Harganya....jangan diconvertkan kepada ringgit...nanti tak jadi beli... Whatever...mahal macam mana pun, kena beli juga untuk kenang-kenangan.... Sambil membeli-belah, kami juga menyusuri laluan "walk of fame". Saya dan zaidi sempat bergambar dengan karektor kartun terkenal "Bugs Bunny".

Rodeo Drive, Beverly Hills California


Rodeo drive adalah tempat bershopping artis-artis Hollywood. Di sinilah tempat lakonan filem Pretty women. Tempatnya begitu eksklusif, dipenuhi dengan butik-butik mewah seperti Louiss Vuitton, Cartier dan Gianni Versace. Kami hanya mampu melihat, tak mampu nak bershopping di sini....

Amsterdam

Perjalanan dari KLIA ke Amsterdam mengambil masa selama 11 jam. Di sini, kami sempat membeli-belah souvenir yang terkenal iaitu woody clogs. Harganya agak mahal kerana ia menggunakan matawang Euro. Pada ketika itu, 1 Euro bersamaan RM4.50. Barangan lain yang popular adalah replika bunga tulip. Lapangan terbang Amsterdam begitu besar sekali jika dibandingkan dengan Los Angeles, Incheon mahupun KLIA. Orang belanda juga rata-ratanya amt tinggi. Sebab itulah langkah mereka kelihatan pantas sekali.

L'Horloge Fleurie, Geneve, Switzerland

Berhampiran Lake of Geneva, terdapat Flower Clock yang agak besar. Switzerland memang terkenal sebagai pengeluar jam terbesar dunia. Flower clock adalah jam yang dibentuk dengan bunga. Jam ini adalah jam sebenar dan berfungsi dengan enjinnya berada di dalam tanah. Jarumnya sentiasa bergerak menunjukkan nombor-nombor yang dibentuk dengan bunga. Walaubagaimanapun, corak jam ini sentiasa ditukar mengikut ketahanan bunganya.

Walt Disney Concert Hall, Downtown Los Angeles


Our next destination, the Walt Disney Concert Hall at 111 South Grand Avenue in Downtown Los Angeles, California is the fourth hall of the Los Angeles Music Center. Bounded by Hope Street, Grand Avenue, 1st and 2nd Streets, it seats 2,265 people and serves (among other purposes) as the home of the Los Angeles Philharmonic Orchestra and the Los Angeles Master Chorale. The Frank Gehry -designed building, opened on October 23, 2003. While the architecture (as with other Gehry works) evoked mixed opinions, the acoustics of the concert hall were widely praised in contrast to its predecessor, the Dorothy Chandler Pavilion.

LSOM & BIT Conference 2007, Korea University, Seoul



Setelah hampir 2 minggu berada di US, kami selamat pulang ke Malaysia pada 13 June 2007. Belum pun sempat berehat sepenuhnya, saya dan zaidi bergegas pula untuk membentangkan penyelidikan PhD kami di LSOM & BIT Annual Conference anjuran Korea University Business School dan University of California Los Angeles. Kami berlepas dari KLIA pada 18 Jun 2006 pukul 1 pagi dan selamat tiba di Incheon Airport Seoul pukul 7 pagi. Ini adalah kali kedua kami berada di Korea. Kali pertama adalah 6 bulan yang lalu ketika menyertai pertandingan di Seoul International Fair 2006. Jika pada kali pertama kami berada di korea hampir 2 minggu dan menginap di Coatel Hotel Gangnam, kali ini kami berada di sana selama 5 hari dan menginap di Prince Hotel Seoul. Terima kasih kepada Kementerian Pengajian Tinggi yang membiayai segala perbelanjaan kami di sana.

Sister Cities, Los Angeles & Mexico


Antara tempat menarik yang dilawati dalam pakej VIP tours Los Angeles adalah Sister Cities LA and Mexico. Deretan kedai-kedai cenderahati banyak menjual barangan tradisi mexico seperti baju dan topi. Berada di sini terasa seperti berada di Mexico. Kebanyakkan penjual adalah pendatang Mexico dan mereka masih menggunakan bahasa tradisi mereka di samping bahasa inggeris. Zaidi berkesempatan membeli topi cowboy dan saya membeli beberapa keping poskad dan keychain.

Taiwan

Persinggahan di Taiwan, saya sempat bershopping barangan berjenama Ferrari untuk adik bongsu. Tahun 2007, semua hadiah yang diberikan kepada adik bongsu adalah barangan Ferrari kesukaannya. Harijadinya yang lepas, saya dan zaidi meraikannya di Hotel Seri Malaysia Air Keroh. Hadiahnya, sebotol perfume Ferrari Black dan sebuah kereta Ferrari (model jer... itupun dah cukup utk beli sebiji tayar kereta biasa..). Di Taiwan, memang banyak barang Ferrari yang cukup mengujakan. Namun, harganya dalam USD menyebabkan saya hanya mampu membeli topi yang bernilai USD 35. Cukuplah..... poket dah kering...

My Medals

Aktiviti penyelidikan selama setahun setengah telah membuahkan hasil yang lumayan. Dalam tempoh ini, kami telah memenangi 14 anugerah penyelidikan. Malah, dalam tempoh ini juga, kami berpeluang ke Geneva, US, Korea, Amsterdam dan Taiwan. Yang lebih menarik, semua perbelanjaan ditanggung oleh UiTM. Malah, duit poket yang diperolehi untuk pengembaraan mencari pingat itu juga telah mencecah RM27,000. Terima kasih kepada Prof. Azni, PNC Penyelidikan UiTM kerana memberi kepercayaan kepada kami untuk bertanding atas nama Malaysia dan Uitm. Tahniah juga untuk suami tercinta atas kejayaan memperolehi Anugerah Penyelidik Contoh 2007 dan membawa pulang geran penyelidikan RM5,000. Semoga tahun 2008 kita akan lebih cemerlang.

Wednesday, October 10, 2007

Lake of Geneva, Switzerland


Hari kedua di Geneva, kami bersiar-siar di sekitar kawasan pelancongan. Antaranya adalalah Lake of Geneva. Tasik ini begitu indah berlatarbelakangkan gunung-ganang yang dilitupi salji. Cuaca agak sejuk, mungkin sekitar 8 darjah celcius. Sesuatu yang menarik di Lake of Geneva adalah water fountainnya yang menghasilkan pancutan air yang tinggi. Apabila dilihat dengan lebih dekat, ianya adalah paip besar umpama paip bomba di Malaysia. Namun warga geneva begitu kreatif kerana mampu menjadikan pancutan air dari paip besar ini sebagai mercu tanda geneva malah menarik pelancong dari seluruh pelusuk dunia.

Silver Medals, INPEX, Pittsburgh USA 2007


Melalui penyertaan produk penyelidikan di Invention & New Product Exposition (INPEX) 2007 di Pittsburgh pada bulan Jun yang lalu, saya dan zaidi telah memenangi dua pingat perak untuk projek:
i. INTAN: Accounting Solutions for SME
ii. Multiple Intelligences Educational Courseware


Bronze Medal, Seoul International Invention Fair 2006, South Korea

Setelah berhempas pulas memberi penerangan selama hampir 40 minit melalui bantuan translator, penyelidikan saya dan zaidi bertajuk "Corporate Intranet and Middle Managers Performance" telah berjaya meraih pingat gangsa di SIIF 2006, South Korea. Panel hakim di SIIF 2006 adalah lebih mudah jika dibandingkan dengan di Geneva 2006 kerana pihak penganjur menyediakan khidmat translator. Ketika di Geneva 2006, panel hakim hanya tahu berbahasa Perancis. Ini menyukarkan proses penghakiman kerana tanpa translator, tumpuan mereka hanyalah tertumpu kepada poster yang telah ditranslatekan ke bahasa Perancis oleh Pusat Bahasa UiTM. Berdasarkan pengalaman ini, kami lebih bersedia menghadapi masalah bahasa ketika sesi penghakiman di Korea.

Manhattan Beach, Los Angeles


Persinggahan di Los Angeles sebelum pulang ke Malaysia dimanfaatkan sepenuhnya. Selepas check-in di Travelodge hotel LAX, kami mengambil kesempatan menggunakan free shuttle untuk berjala-jalan ke kawasan sekitar. Cuaca hari ini agak sejuk iaitu kira-kira 10 darjah celcius. Bus-stop terletak tidak jauh daripada hotel. Sesuatu yang agak pelik, bas-bas di sini tiba tepat pada masa seperti yang tercatat dalam jadual. Macam tak de problem pulak dgn sistem lalulintas di sini.


Kesempatan menaiki free shuttle ini kami manfaatkan untuk mengunjungi Manhattan Beach. Pantainya cantik.... bersih... dan begitu mendamaikan. Deretan rumah-rumah percutian menghiasi pinggir pantai yang indah. Namun keindahan pantai ini hanya untuk bersantai lantaran ianya tidak sesuai untuk aktiviti air. Ombaknya yang ganas menyebabkan pengunjung lebih selesa dengan aktiviti memancing dan berjogging sahaja.

Station Square, Pittsburgh

Pihak penganjur INPEX menyediakan beberapa buah bas untuk kami bersiar-siar ke station square dan mount washington. Perjalanan dari hotel tidaklah terlalu jauh namun kerana kepenatan, saya terlelap juga beberapa minit. Tiba di station square, kami berkesempatan untuk bershopping kecil-kecilan dan bergambar di hard rock cafe, water fountain yang berirama dan di sekitar Bessemer Court. Kedudukan station square yang bersebelahan dengan sungai, memberi peluang untuk kami menikmati ketenangan menyaksikan bot-bot kecil menyusuri arus.

Mount Washington, Pittsburgh

Selepas melawat dan bergambar di station square, kami menaiki kereta kabel untuk mendaki Mount Washington. Di atasnya terdapat rumah dan pekan kecil serta beberapa tempat menarik untuk tujuan pelancongan. Dari atas, kami berpeluang melihat pemandangan bandar pittsburgh. Waktu senja juga memberi menyajikan kami keindahan matahari terbenam. Peralihan siang ke malam diserikan dengan cahaya lampu yang bergemerlapan menyinari bandar pittsburgh. Di atas Mount Washington ini, kami bergambar beramai-ramai dengan wakil-wakil daripada Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Monroeville Pittsburgh


Perjalanan ke US amat memenatkan. Penerbangan dari Malaysia ke Taiwan - Los Angeles -Pittsburgh mengambil masa sehari setengah. Di tambah pula dengan security check yang berkali-kali.... transit yang lama di los angeles.... dan apabila tiba di pittsburgh, terus set-up booth.. ohhh...letihnyaa.... Nasib baik bilik di Radisson Hotel Monroeville begitu selesa... so boleh le tidur lena.. Ketika menginap di Radisson Hotel, hotel disambar kilat, maka berbunyilah siren kebakaran dan bomba. Maka, berpusu-pusulah kami menyelamatkan diri..... nasib baik tingkat 4.... Rupa-rupanya tak terbakar pun, cuma kilat terkena sistem loceng keselamatan... alah.... penat jer turun tangga (masa tu baru tgh best nak masak maggi). Persekitaran hotel begitu mendamaikan. Cuaca juga agak sejuk walaupun telah tiba musim panas. Kewujudan Monroeville Mall dan K-Mart memberi peluang kami membeli-belah pada waktu-waktu yang terluang. Pesanan Prof. Normah sebelum kami datang ke sini... bershoppinglah di pittsburgh... sebab banyak cukai yang dikecualikan.

Venice Beach

Venice beach adalah tempat lakonan siri TV terkenal Baywatch. Pasirnya yang halus dan pantainya yang saujana mata memandang amat sesuai dilawati jika bertujuan mencari ketenangan. Pengunjung juga dibenarkan mencurah idea kreatif di tembok yang disediakan. Namun, sedikit yang tercela... pantai ini dicemari bau yang tidak menyenangkan daripada aliran air dari dapur restoran yang berdekatan (macam kat PD pulak). Tapi takpelah... kalau setakat nak bergambar di situ.. bau tak masuk dlm gambar....