Thursday, September 6, 2007

Penceramah Jemputan di UiTM Kuala Pilah

Sesi ceramah "Inventions & Innovations Competition"

Sebahagian daripada medal, sijil, penerbitan buku dan jurnal

Wakil UiTM Kuala Pilah menyampaikan cenderahati

Pada 5 September 2007, saya dan zaidi dijemput oleh URDC UiTM Cawangan Kuala Pilah untuk memberi ceramah berkaitan "Publishing Articles in International Refereed Journals" dan "Inventions and Innovations Competition". Saya memulakan ceramah untuk sesi "Inventions and Innovations" diikuti oleh zaidi untuk sesi kedua iaitu "Refereed Journals". Pensyarah-pensyarah di UiTM Kuala Pilah nampaknya begitu bersemangat terutamanya pensyarah-pensyarah muda. Semoga para pensyarah UiTM berjaya menandingi pensyarah dari IPTA yang lain dan seterusnya merealisasikan visi dan misi UiTM dalam menuju era World Class University.

No comments: