Tuesday, May 22, 2007

International Panel of Judges, ITEX 2007

Sesi Penghakiman Delegasi Korea Selatan

Berpengalaman menyertai pertandingan rekacipta dan memenangi 15 pingat di peringkat antarabangsa dan kebangsaan, Malaysian Invention and Design Society (MINDS) telah menjemput saya dan zaidi menyertai "International Panel of Judges" bagi ITEX 2007. Sebanyak 417 produk dipertandingkan dari 8 buah negara, dan hanya 70% yang membawa pulang pingat. Penyertaan luar terbanyak datangnya dari negara Iran, diikuti pula oleh delegasi Russia seramai 22 orang. Kami diberi tanggungjawab untuk mengadili 20 produk dalam satu hari yang bermula 10.30 pagi-5.00 petang. Alhamdulillah kali ini, UiTM dinobatkan sebagai kontigen yang paling banyak menerima pingat iaitu 8 emas, 20 perak dan 16 gangsa (44 pingat), dan dianugerahkan Geneve Special Award, disamping INPEX Special Award, BIS Special Award, dan Crotia Special Award. Tahniah UiTM, you made it again. Pengalaman sebagai 'international judge' adalah sangat berguna bagi kami sebagai penyelidik yang kerap menyertai pertandingan rekacipta dan inovasi!