Saturday, December 29, 2007

Farmers Market Los Angeles


Antara destinasi pelancongan dalam pakej VIP tours di Los Angeles adalah singgah makan di Farmers Market. Memang banyak makanan di situ namun saya dan zaidi hanya lalu sebentar sahaja di tempat menjual makanan kerana tidak tahan dengan bau yang meloyakan. Daging khinzir panggang ada di sana sini. Kami ke pasaraya berhampiran dan hanya berehat sambil menghirup kopi yang di beli di starbucks sambil menikmati bekalan makanan yang dibawa. Biskut Jacobs dan coklat kit kat adalah bekalan yang wajib ada dalam handbag saya ketika berada di luar negara.

Monday, December 24, 2007

Bengkel Penyelidikan di UiTM Johor



5 Disember yang lalu, saya dan Zaidi dijemput oleh UiTM johor untuk memberi sedikit panduan kepada para pensyarah berkaitan dengan penyelidikan dan "invention competition". Zaidi di LT1 manakala saya di LT 2. Bermula pukul 8.30 pagi, bengkel ini mendapat sambutan hangat daripada warga johor. Kami turut membuat pameran pingat-pingat yang telah di menangi beserta dengan penerbitan jurnal-jurnal berwasit, buku-buku dan lain-lain. Turut dipamerkan adalah poster berbahasa perancis (ketika pertandingan di Geneva), bahasa korea (di SIIF Seoul) dan juga poster ketika pertandingan di INPEX USA. Berakhir sekitar 5.30 petang, bengkel ini nampaknya sungguh berjaya kerana ramai para pensyarah yang dah mula berfikir nak mencuba nasib dalam pertandingan penyelidikan.

Wednesday, December 19, 2007

International Awards Dinner, ITEX 2007

UiTM won Geneva Awards at ITEX 2007

VVIPs...


Pasukan UiTM
ITEX 2007, saya dan Zaidi tidak bertanding tetapi kami telah dijemput oleh penganjur, Malaysia Invention and Design Society (MINDS), untuk menjadi hakim. Pada malam International Awards Dinner ITEX 2007, kami turut mendapat jemputan khas VIP. Meja untuk panel hakim diletakkan dihadapan sekali berdekatan dengan meja khas untuk VVIP. Semeja dengan saya adalah beberapa Profesor dari UM, UPM dan juga pakar-pakar dari industri seperti SIRIM. Uitm berjaya dengan begitu cemerlang sehinggakan mendapat anugerah khas Geneva mengalahkan IPT-IPT lain. Turut hadir dalam majlis adalah timbalan menteri dan Presiden IFIA. Peserta-peserta dari Russia tampak begitu gembira kerana pihak hotel Mandarin Oriental KLCC turut mempersembahkan pertunjukan pentas sempena Tahun Melawat Malaysia 2007.

Tuesday, December 18, 2007

International Awards Dinner - Pittsburgh 2007

Awards dinner di Pittsburgh USA 2007

Hah.... dah boleh tidur lena dalam flight balik ke Malaysia nanti..


Setiap kali mewakili Malaysia dalam pertandingan penyelidikan di luar negara, perkara yang paling menakutkan adalah Awards dinner. Tambahan pula, kita memang hadir ke Awards dinner kerana nak tahu keputusan pertandingan. Nak makan pun setakat minum kopi secawan jer... yang lainnya, belum tentu halal. Selalunya keputusan diumumkan diakhir jamuan makan. Bagi yang menang, Awards dinner tersebut akan menjadi kenangan manis dalam hidup tapi kalau tak menang, what a disaster!!!!!!!!!

KIPA Reception Dinner 2007 - South Korea

KIPA Reception Dinner for Foreign Participants


Setakat Makan Buah dan Minum Air Oren jer.. yang lain tu tak halal

Tae Kwan Do

Persembahan Muzik Tradisional Sempena Awards Ceremony

Pertandingan penyelidikan di South Korea agak berlainan jika dibandingkan dengan di negara Barat. Penganjur di Korea agak kedekut kerana hanya menyediakan Dinner untuk Foreign Participants only. Malah, sesi dinner diadakan sejam awal barulah diikuti dengan Awards ceremony. Majlis pembukaan Awards ceremony agak menarik kerana kami dihidangkan dengan aksi hebat peserta Tae Kwan Do Korea dan juga pasukan Muzik Tradisional Universiti. Malaysia menempa sejarah dengan memenangi Main Award di SIIF 2007.

Monday, December 17, 2007

Pre-viva Session - Part 2

Hari ni sekali lagi saya mengharungi sesi pre-viva (sambungan daripada minggu lepas). Topik sambungan adalah data analysis. Boleh dikatakan agak cepat iaitu hanya 45 minit. Alhamdulillah, tak banyak comments from both supervisor & Co-supervisor. Insya-allah, dengan berakhirnya sesi pre-viva ini, both of them dah agree utk set date for viva session. Susahnya bila belajar dalam negara. Proses pentadbiran yang slow, membuatkan thesis kita mungkin di gigit lipas sebelum sampai ke tangan external examiners kat luar negara. Apa nak buat..... dah nasib zaman tahun 2004 tak de scholarship ke overseas. Apapun, saya tidak pernah terkilan kerana saya percaya, Allah yang lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Walau belajar dalam negara, saya masih diberi peluang ke luar negara sebanyak 4 kali, dan yang lebih manis, dapat mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa dalam bidang penyelidikan dan merangkul 14 pingat dalam tempoh setahun setengah.

Tuesday, December 11, 2007

My Dad and his Camera....

Abah dan kamera memang tidak dapat dipisahkan. Yashica, Olympus dan Pentax adalah antara koleksi kamera abah yang mahal (ada yang mencecah angka ribu rasanya). Lantaran mengambil gambar adalah hobi abah, setiap kali cuti sekolah, abah akan membawa kami pusing Malaysia (ala cuti-cuti Malaysia lah). Yang paling kerap dikunjungi adalah Kuala Lumpur kerana majoriti adik beradik abah ada di sana. Teringat saya pada satu peristiwa ketika perjalanan pulang dari KL ke Taiping, abah singgah di sebuah masjid di Tanjong Malim. Memandangkan pada ketika itu abah banyak mengambil gambar saya, kakak dan abang-abang saya agak cemburu. Mereka memboikot saya. Akibatnya, dalam gambar, saya kelihatan disisihkan oleh mereka... oh sedihnya.......

Darjah 4, SRK Convent Kota

1st row from left: Syireen, Aina, Angelina, Intan (baru lepas kerinting rambut), Hakiranjit Kaur, (lupa pulak nama budak ni), Puan Ramlah, Aida, Rozinawati, Lee Lay Hwa (anak tokey kedai National), (lupa nama), Norhayati dan Shafinaz.
2nd row from left: Wan Fariza, Siti Elina, (lupa nama), Azean, Tai Poh Gaik, Tong Hyu Yu, Ong Leng Hong, Shamala Devi, Lavanya, Adrian, Rosnita, Anjalai, Sharon
3rd row from left: Amy, Lee, Zarina, Elinda, Wan, Fariza, Karen Da Costa, Kavitha (budak ni selalu kena buli dengan saya..)

Selak-selak album lama, terpandang pada sekeping gambar dahulu kala, darjah 4 di SRK Convent Kota. Di Convent, setiap hujung tahun akan ada jurugambar profesional yang datang mengambil gambar kelas. Satu perkara yang wajib ada pada pelajar di SRK Convent adalah disiplin dan budi pekerti yang tinggi. Mungkin kerana semua pelajar adalah perempuan, begitu mudah untuk guru-guru mendidik kami supaya menjaga tatatertib seorang perempuan. Jelas kelihatan dalam gambar, kedudukan kaki dan tangan yang tertib ketika sesi bergambar. Kami juga diajar untuk menyambut tetamu sekiranya ternampak ibubapa yang datang ke sekolah. Perkara utama yang perlu kami lakukan ialah dengan bertanya "Uncle/Auntie, how can I help you?" Kalau tak tahu bagaimana nak membantu, perkara yang perlu dilakukan adalah membawa pelawat ke pejabat sekolah.
Riddles, Poems dan Nursery Rhymes adalah perkara rutin yang diajar. Antara riddles yang pernah saya baca ketika kelas adalah "Why did the moron put some sugar under his pillow? Answer: Because he wants to have a sweet dream". Antara poems yang kerap dibaca dikelas adalah "the owl and the pussy cat" & "My Mother". Bagi saya, alam persekolahan di Convent adalah sesuatu yang amat manis. Hingga sekarang saya masih meminati riddles, poems & nursery rhymes. Mungkin inilah alasanya kenapa saya menjadi Mak Jang kesayangan anak-anak saudara saya.

Pre-PhD Work Completion.... 2 jam yang memenatkan

Memandangkan thesis saya telah siap, PhD work completion seminar saya akan diadakan tidak lama lagi, supervisor meminta supaya saya mengadakan pre-presentation di hadapan beliau dan co-supervisor. Alasannya, nak prepare untuk potential questions yang mungkin akan ditanya oleh panel. Sesi tersebut pun bermula hari ini pukul 3.30 petang hingga 5.30 petang. Sungguh meletihkan.... slides dikaji satu per satu. Benar seperti kata En. Zulkifli pensyarah MMU, supervisor saya ni terlalu teliti. Sampaikan english yang telah diedit pun masih dieditkan olehnya lagi. Pening...pening.... beliau begitu mementingkan struktur ayat supaya (katanya) untuk mudah difahami oleh panel. Emmmm....yang lagi memeningkan, sesi hari ini hanya setakat methodology. Data analisis akan disambung pada hari jumaat pukul 3.00 petang. Teringat saya ketika pengajian master dulu, perkara sama turut dilakukan oleh supervisor saya Dr. Ismail Ramli (hasilnya, saya viva tanpa sebarang soalan).

Saturday, December 8, 2007

Akhirnya......

Aktiviti hari ini bermula seawal 8 pagi. Sarapan di kafe menara dan tepat jam 9, saya dan zaidi bergegas ke Monash University untuk berjumpa ex-supervisor bagi mengisi SKT tahun 2007. Wah... best nya bekerja di Monash University... workload 6 jam jer seminggu. Selebihnya, hanya buat research. Budget untuk present paper memang banyak. Untuk dlm negara sahaja diperuntukkan RM 4,000. Belum lagi termasuk budget luar negara. Dalam pukul 10 pagi, bertolak pula ke MMU untuk menghadiri sesi viva rakan se-supervisor. Topiknya agak menarik, pasal security. Habis sesi viva, saya berjumpa supervisor untuk discussion pasal viva. Dr. Martha inform bahawa MMU lantik seorang co-supervisor, Dr. Rama. Ishh... apahal pulak lantik co pada saat dah nak viva... Tapi biasalah.... kat MMU, better ada co sebab turnover staff yang begitu tinggi akan menyebabkan kita mendapat supervisor yang silih berganti. Dr. Martha cadangkan saya buat pre-viva bersama supervisor dan co supervisor pada hari Isnin jam 3 petang. Lepas pre viva, minggu ini juga beliau akan tetapkan tarikh viva saya. Katanya mungkin minggu depan (dia dah janji nak buat bulan Disember). Lega rasanya hati, dah hampir 6 bulan menanti, slides yang dah diprepare sejak june lalu akhirnya menemui titik nokhtah.

Tuesday, December 4, 2007

Back to Shah Alam

Yesterday morning saya kembali ke kampus Shah Alam. Di shah alam, komputer & Internet begitu laju... tak lah tension nak tunggu lama.. Bilik di tingkat 10, sebilik dengan kak Salmah. Memandangkan bilik agak sempit dan designnya yang panjang membuatkan saya pening memikirkan macam mana nak susun meja supaya tak serabut.

Friday, November 30, 2007

My Soulmate...

Teringat pantun zaman dulu-dulu...

Kelapa gading merimbun rendah,
Berbuah lebat condong ke titi,
Mata menjeling senyum bermadah,
Terluah hasrat senandung hati.

Jika dikirai bertih dan padi,
Jongket sekali papan diraut,
Jika sesuai kasih dan budi,
Langit dan bumi akan bertaut.

Thursday, November 29, 2007

Phd Series - What is PhD?? - (cont.)

As mentioned earlier:

"The PhD degree...implies that an individual has demonstrated an ability to pursue a research problem to a meaningful conclusion and has made a significant contribution to the advancement of basic or applied knowledge"

Committee on education of the International Union of Biochemistry and Molecular Biology, (1999)

Therefore, the most important part that would differentiate between research and PhD research is the "significant contribution to the advancement of basic or applied knowledge".

What is knowledge?:
As defined by Chacko, (1999), knowledge refers to the "aggregate of encounters with physical and/or mental experiences, assembled and/or abstracted for prospective application and adaptation"

Significant contribution to original knowledge expected from PhD can be:
1) Law
A universally valid statement of conditions, consequences and/or relationships (e.g., Law of Gravity)

2) Theory
A system of thought guided by empirical data and built up logically from a small number of fundamental asumptions (axioms), receiving peer acceptance based on replication of results-conceptually, computationally, and/or conformally (experimentally/empirically)

3) Interactive Model(s)
The conceptual, computational, experimental, and/or empirical replication in such a way that a change of results and a change of resources, values developed are sufficient for decision making purpose.

Basic Knowledge vs. Applied Knowledge
Basic knowledge:
"A working house of thought (e.g., theorem, theory, law, interactive model) which explains phenomena so succintly and persuasively that it contributes materially to the understanding of underlying interrelationships".

Applied knowledge:
"The demonstration, in part or full, of Basic Knowledge, eventually converting it into new/improved process(es) to generate products and services".

Chacko, (2003)

Wednesday, November 28, 2007

Chinatown, Downtown Los Angeles

Chinatown Downtown LA

No need to worry... the heroes are ready to save you..

Foot & Handprints of Famous Actor

As early as 1852, a Chinese settlement was recorded near the site of today's Union Station. The community resettled some 86 years later a few streets over, and in 1938, with the dedication of Central Plaza, became the first modern American Chinatown, owned and planned from the ground up by Chinese. Fifty years ago on the sunny Saturday of June 25, 1938, California's Governor Merriam and a host of dignitaries dedicated Los Angeles Chinatown's Central Plaza in a gala Grand Opening ceremony. One of the Nation's first malls and certainly the first modern American Chinatown, owned and planned from the ground up by Chinese, Central Plaza would provide a magnificent hub and lexus for growth into the famous colorful, vibrant Chinese American community we all know today.

Tuesday, November 27, 2007

Congratulations UiTM!!

Isnin pagi, seawal pukul 7.15 saya mendapat sms drp. Prof. Azni, UiTM menang 4 gold, 4 silver, 4 bronze serta 2 country awards di Invention & Innovation competition Brussels, Belgium. Sekali lagi UiTM menempa kejayaan cemerlang di persada antarabangsa. Sms kedua yang saya terima mengatakan Prof. Normah & Dr. Suzana mendapat silver manakala Dr. Rashidah mendapat Bronze medal... TAHNIAH!!! untuk semua... Inilah kali pertama UiTM menghantar pasukan sains sosial di Brussels. Sms yang saya terima daripada Prof. Normah menggambarkan betapa gembiranya mereka di sana. Semoga tahun 2008, UiTM akan lebih cemerlang ...... insya-Allah....

Sunday, November 25, 2007

Handbook for Writers



Kehidupan di Segamat emm... agak boring jugak. Rutin harian pergi kerja, makan, tolong kawan-kawan yang tengah busy mengedit PHD proposal untuk attend interview dan juga yang nak pergi belajar. Last week dua kali e-mail supervisor regarding viva date, senyap je tak berbalas. Rasa macam dah nak mengamuk, berbulan sudah kita menanti, bermacam cara dah kita ambil hati dia, at last on tuesday dia reply "Please give me some time to check your slides". Entahlah, berapa bulan agaknya dia nak ambil masa untuk check slides tu. Thesis pun dah submit kat dia sejak bulan enam lagi, pun tak habis-habis lagi dia check. Inilah masalah bila belajar kat Malaysia... Itu belum kira nak tunggu external report. Punyalah banyak professor kat Malaysia, nak hantar gi overseas jugak. Masalahnya, yang kat overseas tu nak marking cepat jer tapi yang kat Malaysia ni nak proses utk hantar kat overseas tu ambil masa dekat setahun. Teringat September 2006, Zaidi completed his viva without any correction. Ingatkan tiga empat bulan settle lah proses external checking. Tunggu punya tunggu, sampai dah hampir setahun, bila kita tanya, still in progress... rupa-rupanya sampai bulan julai lepas pun masih belum submit to external. Nak pilih external pun macam-macam hal, nak US dgn UK jer. At last mengamuk sakan jugak si Zaidi sampai dah hampir-hampir nak jumpa menteri pengajian tinggi. Nasib baiklah Presiden campur tangan. Itupun selepas perkara tersebut di laporkan kepada VC UiTM. Nampak gayanya saya pun nak kena buat macam tu.... silap haribulan boleh panggil Karam Singh Walia...
Dalam keboringan, saya terjumpa sebuah buku yang menarik "Handbook for Writers" by: Troyka and Hesse, (2006) terbitan Prentice Hall. Harganya RM 70.00. Walaupun not directly focused on PhD research, ianya amat bagus untuk menambah baik struktur ayat dan juga memastikan penggunaan bahasa inggeris yang betul dalam penulisan. Selalunya dalam section Literature review, yang paling kita takut adalah plagiarism. Buku ini mengajar cara-cara "how to avoid plagiarism in writing LR". Kepada sesiapa yang berminat, ianya boleh di beli di kedai buku UiTM Johor.

3 Gold & 1 Silver Medals, IID UiTM 2007

Gold Medals for INTAN Accounting System and E-business Scorecard; and 1 Silver Medal for Multiple Intelligences Educational Courseware

Gold Medal for TECHPROVED Model


IID 2007, 4 produk dipertandingkan. Setiap produk melalui 3 sesi penghakiman, ohh... sungguh meletihkan kerana terpaksa menempuhi keseluruhan 12 sesi penghakiman. Walaubagaimanapun, segala keletihan terubat apabila menaiki pentas untuk mengambil hadiah. Berjaya di IID bermakna akan berpeluang untuk bertanding ke peringkat kebangsaan. Berjaya di peringkat kebangsaan (sekurang-kurangnya silver) bermakna kita telah menempah tiket ke peringkat antarabangsa. IID 2007 juga menyaksikan pertama kali Fakulti Perakaunan menghantar banyak penyertaan (kalau tak silap 14). Saya dan Zaidi berpeluang ke INPEX USA, Dr. Rashidah ke Geneva manakala Prof. Normah dan Dr. Suzana ke Brussels Belgium. Semoga IID 2008 akan memberi kejayaan yang lebih cemerlang.
** 22 November 2007, Prof Normah dan Dr. Suzana sedang bertanding di Brussels, Belgium. Didoakan semoga mereka berjaya di sana.

Zaidi's Garden

Zaidi's Garden


Zaidi minat menanam bunga dan sayur. Tapi minatnya berubah-ubah. Hari ini, pokok bunga ada di tepi pintu, esok lusa ada di tepi tiang. Minggu berikutnya, tak mustahil pokok bunga tersebut berada di hadapan pagar rumah.... Ketika berkebun inilah kadang-kala idea untuk research PhD datang mencurah-curah. Teringat saya ketika mula-mula belajar PhD, pada masa tersebut kami berdua sedang sibuk membuat kajian literature, zaidi banyak mendapat idea ketika membasuh kereta. Adakala, saya ternampak dia bermonolog sendirian sambil tangannya menggosok-gosok kereta. Berpeluang belajar berdua juga banyak meninggalkan kenangan. Saya paling banyak masuk hospital iaitu 9 kali ketika sedang belajar. Bukannya apa.. selalu demamlah... kidney stone lah... dan ketika itu zaidi akan mengangkut komputer dan fail-fail nya ke hospital dan turut sama menyewa katil tambahan untuk menemani saya. Sesuatu yang tak dapat saya lupakan, ketika mengandungkan anak kembar kami, saya mengalami alahan yang amat teruk dan selalu ter miss kelas statistik (selalunya saya pergi ke MMU tapi tidur dalam kereta). Pada saat hampir peperiksaan final, banyak yang perlu di study lantaran nak cover balik apa-apa yang dah tertinggal. Saya pun berjaga malam untuk mengulangkaji. Yang melucukan, zaidi tak boleh lelapkan mata kerana hatinya risau melihatkan saya tengah study hard... lepas tu dia pun bangun sama untuk study.

Sijil, Medal, Buku dan Penerbitan Refereed yang di pamerkan semasa pembentangan di UiTM Kuala Pilah

Alhamdulillah, setelah tiga tahun cuti belajar, telah banyak menampakkan hasil dari segi penyelidikan, penerbitan, perundingan dan pengkomersilan. Bak kata pepatah, yang bulat tak akan datang bergolek, yang pipih tak akan datang melayang.

Saturday, November 24, 2007

Silver Medal at International Technology Exhibition (ITEX) 2006

Main Entrance

Award Giving Ceremony

My Booth

ITEX 2006 was held at KL Convention Centre. The largest Invention Show in Malaysia, ITEX offered international awards such as KIPA Award (korea), Geneva Award (Switzerland), INPEX Award (USA) etc. Similar to Geneva Exhibition, the participants were from Malaysia, Korea, Iran, Russia and many other foreign countries. My product, "Corporate Intranet Implementation and Middle Managers Performance" brought back a silver medal.

Thursday, November 22, 2007

Lapar.....

40 Swiss Franc = RM114.00

Ketika kami ke Geneva Switzerland pada tahun 2006, tidak banyak bekalan makanan yang dibawa. Pada anggapan kami, mungkin banyak yang boleh di beli disana... tambahan pula, kami dimaklumkan, akan ada wakil dari kedutaan Malaysia yang mengambil upah membekalkan makanan. So.. bawa maggi mee & biskut cukuplah... Bila sampai di sana, hari pertama memang tak de orang datang ambil order. Lagipun kami sampai awal 2 hari sebelum exhibition bermula. Saya dan zaidi pun dengan confidentnya pergi ke pasaraya yang terletak berhadapan dengan Etap Hotel. Wah.... banyaknya barang makanan... tapi....... belek punya belek.. semuanya tulis bahasa perancis. Alamak.... cam ner ni.... nak beli roti pun tak confident, sebab tengok expiry date lagi sebulan, kalau kat Malaysia roti Gardenia pun tahan tak sampai seminggu. Berbekalkan sedikit ilmu masakan kek & roti yang saya tahu, kalau tahan sampai sebulan selalunya mesti ada wine. Ish... pening betul.. nak baca ingredients, tak faham, nak tanya pekerja pasaraya, sepatah bahasa Inggeris pun mereka tak tahu. At last, kami bawa sebuku roti kepada seorang pekerja dan tunjukkan kepada dia botol wine yang ada kat pasaraya tersebut. Lepas tu dia pun mengangguk-angguk tanda faham pertanyaan kami dan terus membaca ingredients roti tersebut. Tiba-tiba dia buat isyarat (yang kami faham) bahawa roti tersebut mengandungi wine, dan terus membelek-belek roti lain yang ada di atas rak. Seketika, dia mengajukan kepada kami sebuku roti "English toast" yang diimport dari England beserta isyarat mengatakan roti tersebut tiada wine. Saya pun membelek-belek.. bahasa perancis juga.. cuma expiry datenya cuma 2 minggu. Bila balik bilik, mak oiii.... English toast ni keras rupanya... emmm kena celup dalam air teh lah nampaknya. Hari kedua, kami setup booth di Geneva palexpo, alhamdulillah ada orang datang ambil order.. tapi harganya, 10 swiss franc (tukaran matawang 1 swiss franc = RM 2.85). Huh... 2 orang makan, 20 swiss franc (itu baru makan tengah hari). Kebetulan pula masa tu musim sejuk.... cepatlah lapar... So, waktu malam kami makan maggi jer. Tapi kalau dah 3, 4 hari makan maggi, tak boleh jadi...... Kami pun pergi ke bandar Geneva, cari kedai Arab.... jumpa lah kedai Lubnan.. adalah daging panggang, kebab dll. Cuma, harganya agak mahal. Tapi...lapar punya pasal... mahal pun mahal lah.... janji perut kenyang. Pengalaman di Geneva mengajar kami untuk bersedia membawa makanan dengan banyak bila ke luar negara.


Kitchen di Coatel Hotel, Gangnam, Seoul
Ketika kami ke korea pada disember 2006 dan jun 2007, kami turut membawa periuk nasi (kecil), beras, "Brahims" dan serunding. Di korea, kami menyewa apartment beserta dengan dapur untuk memasak.. (siap masak udang masak merah lagi..). Malah, bahan mentah untuk memasak boleh dibeli di pasaraya berdekatan. Saya tak berani menggunakan periuk yang disediakan oleh pihak hotel, so saya gunakan periuk nasi (bahagian dalam) untuk memasak lauk dahulu, kemudian barulah masak nasi. Ketika kami ke US pada awal june 2007, walaupun tak boleh bawa periuk kerana electricity nya tak sama, kami tetap membawa roti, serunding, tuna dan lain-lain.

Wednesday, November 21, 2007

Pittsburgh, City of Bridges

At station square Pittsburgh


Pittsburgh at night

Mt. Washington with Dato' ..(lupalah namanya) & representatives from Ministry of Higher Learning Malaysia
If you like bridges, then you'll love Pittsburgh! Pittsburgh is famously known as the City of Bridges. Over 1900 bridges exist in Allegheny County alone. Bridges spanning the Monongahela River from Station Square and the South Side to downtown Pittsburgh, include the historic Smithfield Street Bridge (1881), the Panhandle RR Bridge (1903), the Liberty Bridge (1928), and many more.

Sunday, November 18, 2007

Aksi-aksi Hebat Pemain Ski Profesional

Gaya Pemain Ski Profesional


Miss Lau tergolek ke sisi dengan penuh gaya

Oppsss....cam ner nak stop ni...


Kunjungan pertama saya ke Korea adalah pada musim winter. Selepas penat berpameran di Coex Hall selama lima hari, pasukan Uitm meluangkan masa menyegarkan minda di Yang Ji Ski Resort. Macam-macam aksi hebat yang dapat dilihat. Ada yang jatuh terduduk, tertonggeng, terguling, terlentang dan bermacam-macam lagi. Nak buat macam mana... semuanya beginners...

Cameron Highlands




Sepanjang 3 tahun belajar, berbelas kali rasanya kami berkunjung ke Cameron Highlands. Mungkin cuacanya yang sejuk membuatkan kami selesa ke sana untuk merehatkan minda seketika. Lazimnya, Equatorial, Casa De La Rosa, Century Pines Resort dan Merlin (kini Cameron Highlands Resort) menjadi tempat penginapan kami. Percutian 3 hari 2 malam, itulah kebiasaannya. Aktiviti harian selalunya bermula di awal pagi dengan minum teh di Bharat Tea. Kemudian, bersiar-siar di Cactus Valley dan Taman Teknologi MARDI. Di waktu petang, Zaidi rajin ke gym di hotel. Pada malam hari, indoor games adalah aktiviti utama kami. Kalau menginap di Equatorial, kami akan mencuba snooker yang terletak di lobi hotel. Pernah sekali, percutian kami bertembung dengan cuti sekolah Singapura. Ianya sungguh menarik. Permainan snooker kami (saya vs. zaidi) mempunyai penyokong yang begitu ramai iaitu kanak-kanak singapura. Kanak-kanak perempuan suka menyebelahi zaidi manakala kanak-kanak lelaki menjadi penyokong kuat saya. Sesuatu yang saya perhatikan, cuaca Cameron Highlands lazimnya bertambah sejuk pada musim winter. Jika menginap di Equatorial (paling tinggi rasanya), suhu pada waktu malam akan mencecah bawah 10 darjah celcius. Sebelum kembali bertugas sekali lagi kami ke Cameron Highlands untuk menyegarkan minda.

Saturday, November 17, 2007

Famous Places in Los Angeles

HOUSE OF BLUES
The location of concert by Lindsay Lohan in Freaky Friday Movie

RIPLEY' ODDITORIUM
For the famous TV series Ripley's Believe It or Not

RODEO DRIVE
The main location for Pretty Women Movie

THE GIANT BALLERINA CLOWN
You can see this in Speed 1

Semasa berada di Los Angeles, saya sempat mengambil gambar beberapa tempat yang menjadi lokasi penggambaran filem-filem terkenal seperti Pretty Women, Speed, Freaky Friday dan Ripley's Believe It or Not.

My Intelligences Profile

My Scores
I took a test on multiple intelligences at http://web.tickle.com/tests/mintelligence/index.jsp .
No wonder why I am an Accounting graduates....
The Report of the Test:
"Intan, you're smartest when it comes to logical/mathematical intelligence. While others may have dreaded their math and science classes at school, these subjects were probably no sweat for you. In fact you may have even thought they were fun. Your logical/mathematical intelligence makes you the type who can enjoy working with numbers or thinking through difficult questions to arrive at a solution. Whether you realize it or not, this strength has likely been a help to you throughout your life — not just in the classroom. This is true because for work or recreation, people like you can tend to rely on your logical/mathematical intelligence to look at the world. From noticing patterns of behavior in people to being able to appreciate the visual beauty in a repeated design, your special brand of intelligence can make life both interesting and rewarding."


What is logical/mathematical intelligence?
People with a high level of logical/mathematical intelligence are generally great problem solvers who are able to both think critically and analyze data. Individuals who have this intelligence also tend to see the world as a logical place. This is probably true because they're usually so skilled at picking up the patterns all around them. Whether it's a scientist noticing a repeated behavior in one of her subjects or a mathematician using patterns of numbers to solve a theorem, this type of intelligence can be extremely handy in intellectual pursuits.
When it comes to money, people who are logically/mathematically intelligent typically have the benefit of being better able to manage their own finances. They also have a leg up on understanding the factors that affect their investments.As learners, people who are strong in this type of intelligence comprehend things most effectively through trial and error rather than through verbal instruction or visual diagrams. In particular, if given a problem to solve, logical/mathematical people will usually prefer to test out solutions themselves rather than to be told or shown what the right answer is. Moreover, people who use this intelligence can be stronger than most other people are at weighing the merits of different arguments. By looking at facts critically, these individuals are good at forming their own conclusions — an ability that can make them great business leaders and first-rate independent thinkers.
What is personal intelligence?
People with a high level of personal intelligence aren't afraid to ask themselves life's big questions: "Why am I here?" or "What's the meaning of life?" These issues are everyday fare for people using their personal intelligence. By being willing to explore the unknown, personally intelligent people can seem positively fearless to those who'd rather focus on simpler, more concrete issues. It's true: Asking deep questions that may have no definitive answers can be scary at times. However, by delving into these existential places, personally intelligent types can become very in tune with their feelings, values, and ideals. It's a kind of self-knowledge that people with less of this intelligence rarely experience.After all, getting to know who you are and understanding your place in this world should not be things left only to philosophers, psychologists, and religious scholars. Developing a solid sense of yourself can be crucial to nurturing self-esteem and a positive self-image. People who score high on personal intelligence are typically comfortable expressing the full spectrum of their emotions. They are also generally in tune with their conscious and unconscious feelings. Perhaps most importantly, people with a high degree of this intelligence appear not just to recognize their own emotions, but the underlying causes for them, as well. This can make personally intelligent people very self-reliant and able to improve their own lives. People who are personally intelligent seem to realize that it's not so important what the answers to life's big questions are, but that the questions are being asked. By forcing yourself to face who you are, you can begin to accept who you are, as well. Possessing inner peace can make what others think of you matter much less. In activating personal intelligence to its fullest, you can effectively enrich your life. This is true because in many ways, this kind of intelligence represents an integration of your mind and heart.
What is linguistic intelligence?
Generally, people with a high degree of linguistic intelligence have a greater gift for expressing themselves than most other people do. In fact, linguistically intelligent people often become known as real wordsmiths among their friends and colleagues. Whether their skills center on having the gift of gab or the ability to turn an elegant phrase, linguistically intelligent types know how to get a point across with precision and flair. Poets, thespians, writers, and public speakers are among the people who rely heavily on linguistic intelligence.At times, having this type of intelligence can make for very persuasive communication. By choosing the right words at the right time, linguistic intelligence can help people clearly express their ideas, thoughts, and feelings to others. This can be a crucial skill in both professional and personal life. Linguistically talented people are often able to tailor their communication to a variety of audiences. Many also seem to know when subtlety is more appropriate than being overly direct.Think about the people in your life who can tell a great story or who have others in stitches when telling a joke. That's linguistic intelligence, too. It's a skill that can make people a real hit in social situations. By crafting vivid descriptions and emotional language, people with linguistic intelligence can keep an audience riveted.People who score relatively high on this intelligence tend to think in words instead of pictures. As a result, when it comes to learning something, they're better able to understand verbal explanations than charts or drawings. Studying the origins of words, slang, and metaphors can also be intriguing to those who score high on this intelligence. As for leisure time, when linguistic types are not telling stories themselves, they might be found curled up with a good book. Typically lovers of the written word, linguistically intelligent people can be voracious readers.
What is visual/spatial intelligence?
People with visual/spatial intelligence have the interesting ability of being able to form high-quality mental images and even manipulate those pictures to form new things. Visual/spatial abilities can include being able to visualize accurate representations of existing objects and having the skill to imagine detailed original designs or scenes. In the career world, this can make visual/spatial types great at everything from mechanical engineering to interior design.People with this intelligence typically have a high level of attention to detail and are well in touch with their surroundings. As a result, visually/spatially intelligent people can make great hunters because they tend to notice even small changes in their physical environment — a key when tracking prey. They're also the kinds of individuals you'd want in control of the map on a road trip. Visual/spatial intelligence can make people great with directions.In addition, people with strong visual/spatial intelligence typically love aesthetics. They can usually find beauty in both manmade and natural things. Appreciating a sunset, noticing how patterns and colors fit together to make a great outfit, and having at least a passing knowledge of architecture and design are all different ways that their love of beauty can manifest.People who use this type of intelligence tend to think in pictures rather than numbers or words. As a result, those who score relatively high on visual/spatial intelligence are better at learning concepts when seeing charts, pictures, or diagrams rather than hearing a lecture. Overall, using this type of intelligence can enrich your life because it requires a vivid imagination. Indeed, by forming creative mental images and really seeing the things around you, you can make the world a more wondrous place.
What is physical intelligence?
When most of us think of physical intelligence, we think of dancers and athletes. Indeed, athletic prowess, physical grace, and control of the body for achievement or expression are each important aspects of this kind of intelligence. However, another important facet is the use of fine motor skills such as hand-eye coordination for activities like surgery, carpentry, and painting.Very few people can accomplish the highest levels of physical intelligence, and those who do — whether sports heroes or heart surgeons — are usually both admired and paid handsomely for it. Yet everyone can benefit enormously from improving our intelligence in this realm. Until recently, physical intelligence was something that had been devalued in our society, mostly as a result of the industrial revolution. Once people developed machines to do tasks like farming and metal work, people's physical abilities in these areas were pushed aside.Fortunately today, medical research demonstrates the importance of physical activity and maintaining a mind-body connection. It's been found that the more people use their bodies and preserve their physical capabilities, the more their thinking can improve, as well. Physical intelligence isn't just about muscle and athleticism. There are a variety of skills that can be worked on when it comes to improving physical intelligence including strength, endurance, flexibility, balance, dexterity, expressiveness, coordination, and good reflexes (Armstrong, 1999). People who use this type of intelligence frequently come to see their bodies as a source of joy, along with the added bonus of suffering less from stress and certain types of disease.
What is social intelligence? (I am not good in this category.....)
Social intelligence refers to the ability to read other people and understand their intentions and motivations. People with this intelligence are usually clued in to the differences between what others say and what they really mean. As a result, socially intelligent types may sometimes be accused of being mind readers. People who successfully use this type of intelligence can be masterful conversationalists. This can be due to a combination of excellent listening skills and the ability to meaningfully engage others. People who are socially intelligent can usually make the people around them feel comfortable and included. They also tend to enjoy interacting with a variety of people.Other valuable skills that can come along with social intelligence are the ability to assert one's own needs, effective conflict resolution skills, and the gift of being able to solve most problems in a cooperative fashion. By being able to key in on others' needs — sometimes more clearly than those people can themselves — socially intelligent individuals can be highly perceptive. This trait can be a great boon in business as well as in personal matters.Because they often feed off their relationships with others, if social types find themselves without a romantic partner, close family, or a circle of friends to share their life with, monetary and academic successes can lose their luster. When it comes to understanding the mindset of many socially intelligent people, Ralph Waldo Emerson may have said it best:"To laugh often and much; to win the respect of intelligent people and the affection of children; to earn the appreciation of honest critics and endure the betrayal of false friends; to appreciate beauty, to find the best in others; to leave the world a little better; whether by a healthy child, a garden patch or a redeemed social condition; to know even one life has breathed easier because you have lived. This is the meaning of success."There's evidence that working to optimize social intelligence can even be beneficial to your health. It's been shown that lonely individuals are highly susceptible to depression and a variety of other mental and physical ailments. So by developing a close social network and learning to be emotionally available and depend on others, you can be not just happier but healthier, too.

Disney Pix 2.0

Saya membeli sebuah kamera mini Disney di MACY, Monroeville Mall Pittsburgh. Harganya tak lah terlalu mahal, cuma USD20 (termasuk tax). Memandangkan kamera tersebut berjenama Disney, pembelian tersebut disertakan dengan Software Disney Pix 2.0. Banyak gambar kartun Disney yang dibekalkan dlm software tersebut termasuklah frame gambarnya sekali. Ianya juga satu perisian interaktif yang sesuai untuk menjana kreativiti kanak-kanak.

Seringkali saya terjumpa beberapa peniaga yang menggunakan perisian ini untuk mengambil gambar kanak-kanak dan dieditkan dengan watak kartun kegemaran di pusat membeli-belah di Malaysia. Pernah sekali saya terjumpa di Aquaria KLCC... caj yang dikenakan juga agak mahal. Begitu mudah peniaga mengaut keuntungan berganda....

Friday, November 16, 2007

Nureen Jazlina...

Nureen & Abah

A visit by Mak Pah & Teh E
Nureen Jazlina anak saudara saya yang ke 5. Nureen baru pulang dari UK pada bulan September yang lalu. Namanya menjadi agak glamour lantaran kes Nurin Jazlin. Ketika saya bertanya-tanya kepada tuan punya nursery berhampiran dengan rumah saya di shah alam untuk memasukkan Nureen di situ setelah dia pulang, mereka menjerit bila saya memberitahu namanya Nureen Jazlina (lepas tu terus cakap jaga dia baik-baik). Baru-baru ini Nureen di serang demam panas hingga di masukkan ke Sunway Medical Centre. Apabila nurse-nurse disitu tahu namanya Nureen Jazlina, mereka semua berpesan... jaga dia baik-baik... Bagi saya, tak kisahlah apa jua namanya, semua kanak-kanak harus diawasi dgn baik oleh ibu-bapa & orang dewasa.