Wednesday, December 20, 2006

Cuti-Cuti Korea


Setelah penat berpameran di COEX Exhibition Hall selama beberapa hari, kontingen UiTM mengambil peluang sehari untuk program "cuti-cuti korea". Kami mengunjungi tempat-tempat tumpuan pelancong seperti di Blue House (kediaman presiden), Old Folks Home dan istana-istana lama. Kami juga berpeluang menyaksikan acara pertukaran pegawai istana (demo je... raja korea dah tak de... semua dah kena bunuh dgn Jepun).


Namun, hasrat mengunjungi muzium korea tidak tercapai kerana ianya ditutup pada hari tersebut. Memandangkan ketika kunjungan korea sedang mengalami musim winter, acara seterusnya adalah bermain ski di Yang Ji Ski Resort. Perjalanan yang agak jauh, melebihi 1 jam membuatkan pemandu pelancong tak perlu bekerja keras kerana rata-rata kami telah terlelap di dalam bas. Tambahan pula, cuaca sejuk mencecah -4 darjah celcius, membuatkan kami lebih selesa berada di dalam bas berbanding di luar.

Tuesday, December 19, 2006

Yang Ji Ski Resort, Seoul

Sebelum pulang ke Malaysia, kami ke Yang Ji Ski Resort. Ramai juga rakan-rakan pensyarah yang mencuba bermain ski sampai tergolek-golek........ Macam-macam aksi yang dapat dilihat pabila beginners memulakan kayuhan ski mereka. Namun ada juga yang quick learner, just after few minutes... dah macam pro..... Lama juga kami berada di ski resort.... sempatlah juga saya terlelap keletihan di lobby hotel resort tersebut.

Seoul International Invention Fair 2006


The Seoul International Invention Fair (SIIF) 2006 was held at Pacific Hall, COEX Exhibition Center, South Korea. More than 1000 research products from all over the world (USA, UK, Bosnia, Serbia, Russia and etc.) were showcased during the five days exhibition. Universiti Teknologi MARA had sent 11 research products and had won 3 Gold, 1 Silver and 7 Bronze medal.